Page 224 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 224
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Kajian ini juga mendapati amalan semasa di institusi MAIN tidak
menunjukkan banyak perbezaan dalam kalangan Institusi yang
dikaji. Namun, fokus harus diberikan bagi meneliti ketepatan
amalan mengiktiraf kutipan zakat sebagai ‘hasil’ sama ada amalan
tersebut selari dengan konsep hasil daripada perspektif syarak dan
juga daripada sudut kerangka perakaunan seperti yang telah
dijelaskan sebelum ini. Pengiktirafan kutipan zakat sebagai ‘hasil’
dalam penyata pendapatan bagi Institusi MAIN boleh menimbulkan
persoalan dan salah faham pengguna penyata kewangan kerana
amalan perakaunan semasa mengkelaskan ‘lebihan zakat” iaitu
kutipan zakat yang belum diagih dimasukkan sebagai item ekuti
dalam penyata kedudukan kewangan. Ini adalah kerana amalan
semasa oleh Institusi MAIN terhadap ‘lebihan belum agih’ tersebut
dilayan sama seperti ‘lebihan pendapatan atas perbelanjaan’
daripada sudut perakaunan kerana pelaporan Institusi semasa adalah
mengikut piawaian perakaunan konvensional.
Pakar yang telah ditemu bual juga agak bersetuju dengan
9
cadangan artikel ini yang mana beliau berpandangan,
‘…saya ingat dari segi istilah perakaunan jadi ia dah datang
begitu, jadi kita menyesuaikan dengan istilah yang sedia
ada. Tapi kita tengok memang dari segi hasil itu memang
daripada sesuatu benda yang kita buat… Ia punya hasil itu
sepatutnya hasil bukannya amanah yang diberi itu
dikatakan sebagai hasil. Jadi dari segi syaraknya, ia
memang lebih tepat lagilah. Kerana zakat ini, kita yaddul
amanah (pemegang amanah)
… Maknanya duit zakat itu perlu diagihkan semula kepada
asnaf. Tapi kalau macam hasil itu dah jadi macam hasil kita,
dah jadi macam kita punya... Kalau masuk pada hasil
negeri, negerilah punya. Kalau hasil pada majlis, majlis
9 Pakar: Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya Haji Ahmad – Mufti Negeri Johor.
Ditemu bual pada 1 April 2018. Tempat: Majlis Agama Islam Johor
216
217