Page 226 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 226

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            semakin  memahami  dan  membaca  penyata  kewangan  MAIN.
            Justeru  artikel  ini  merumuskan  tiga  perkara  utama  iaitu  (1)  dana
            zakat  merupakan  liabiliti  kepada  entiti  yang  menguruskan  zakat
            berdasarkan  konsep  yaddul  amanah  dan  Institusi  MAIN  adalah
            yaddul amanah kepada dana zakat di sesebuah negeri berdasarkan
            perundangan. Ini menjelaskan lagi bahawa MAIN merupakan entiti
            perundangan yang kuasanya dirujuk kepada enakmen pentadbiran
            agama  Islam  negeri  dan  pengurusannya  terbatas  kepada
            perundangan  di  peringkat  persekutuan  dan  negeri;  (2)  Cadangan
            penggunaan  istilah  yang  betul  iaitu  ‘kutipan  zakat’  dan  ‘agihan
            zakat’  yang  mana  amalan  semasa  mengiktiraf  masing-masing
            sebagai hasil dan belanja yang didedahkan dalam penyata prestasi.
               Namun  kajian  ini  mencadangkan  adalah  sesuai  perkataan
            ‘terimaan’ dan ‘belanja’ diidhofahkan secara terus dengan perkataan
            zakat. Pihak institusi juga perlu menyediakan satu penyata khusus
            untuk  menunjukkan  ‘terimaan’  dan  ‘agihan’  zakat  untuk
            menunjukkan  institusi  zakat  telah  menunaikan  amanah  tersebut.
            Amalan di kebanyakkan negeri menunjukkan kebanyakkan negeri
            lebih selesa dengan istilah ‘Terimaan’ dan ‘Agihan’. Cadangan ini
            juga  selari  dengan  pandangan  beberapa  pakar  yang  telah  dirujuk
            dimana istilah yang dicadangkan tidak menimbulkan kekeliruan; (3)
            Cadangan  untuk  mengiktiraf  konsep  lebihan  agihan  pada  tahun
            berkenaan kepada ‘liabiliti’ dan bukan ‘ekuiti terhad’ kerana takrif
            ‘hasil’  dan  ‘belanja’  yang  tidak  konsisten  dengan  falsafah  zakat.
            Justeru jika ia tidak sesuai dengan terminologi ‘hasil’ dan ‘belanja’,
            maka  konsep  lebihan  agihan  zakat  pada  tahun  berkenaan  tidak
            sesuai dikelaskan sebagai ‘ekuiti’ atau ‘ekuiti terhad’.
                                                   10
               Ini merujuk kepada pandangan pakar  iaitu,

               ‘... sebab waktu orang akaun buat istilah itu pun mungkin
               sudah  berat  juga  kan  ..mereka  mengistilahkan  perkataan
               itu..agaknya  kalau  nak  nampak  berbeza  dan  meraikan
               pandangan untuk istilah itu diubah, kena jadikan idhafah la.


            10  Pakar: Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Opir -Timbalan Mufti Negeri
            Selangor.  Ditemu bual pada 12 Julai 2018. Tempat: Majlis Agama Islam Selangor



                                                                          218
                                           219
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231