Page 225 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 225

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               bukan empunya duit zakat. Dia tak boleh punya duit zakat,
               dia hanya pemegang amanah sahaja.

               …. kalau istilah itu lebih sesuai, pandangan daripada audit
               dalam  macam  mana?  dari  segi  syarak...itu  istilah  yang
               digunakan oleh akaun. Jadi dari segi maksudnya memang
               ada lari sebenarnya. Mungkin boleh dibina semula istilah
               yang lebih tepat, saya ingat dari segi syarak lebih-lebih lagi
               mengalukan…

               …..penjelasan,  report  kita  lebih  menjelaskan  kutipan  dan
               pungutan.  Kita  tidak  menggunakan  istilah  terimaan.  Tapi
               dari  segi  perakaunan  itu  yang  letakkan  terimaan  sebab
               mungkin  dah  term  pada  perakaunan  kita  beranggapan
               begitulah. Kalau perkara itu boleh diubah, sebab dari segi
               report  kita  tak  sebut  terimaan  zakat,  kita  kata  pungutan,
               kutipan itu sahaja yang biasa guna term itu…’

               Namun begitu perlu dijelaskan bahawa amalan semasa di MAIN
            tidak  bertentangan  dengan  syarak  kerana  ia  merupakan  uruf
            perakaunan  yang  diamalkan  sebelum  ini.  Namun  sekiranya  ingin
            mengekalkan lebihan zakat yang belum diagihkan sebagai elemen
            ekuiti,  maka  kajian  ini  mencadangkan  institusi  MAIN
            mengkelaskannya  sebagai  ekuti  terhad.  Ekuiti  terhad  bermaksud
            ekuiti  yang  bukan  menjadi  tuntutan  pemilik  iaitu  institusi  zakat
            tetapi perlu diagihkan kepada atau dimanafaat untuk kebaikan asnaf.
            Walau bagaimanapun falsafah dana zakat kepada tujuh per lapan
            asnaf masih kekal sebagai amanah dan kajian ini berpegang bahawa
            ia  tetap  merupakan  liabiliti  kepada  MAIN  dan  bukannya  ‘hasil’
            seperti yang jelaskan oleh pakar yang telah ditemu bual.
               Penulis mencadangkan satu kerangka syariah ke arah mengubah
            amalan  semasa  MAIN  terhadap  istilah  ‘hasil’  kepada  ‘terimaan’
            atau ‘pungutan’ serta ‘belanja’ kepada ‘agihan’ serta konsep lebihan
            agihan  zakat  pada  tahun  semasa  diiktiraf  sebagai  ‘liabiliti’  atau
            ‘ekuiti terhad’ adalah disarankan agar istilah yang akan digunakan
            tidak mengelirukan masyarakat Islam serta pemegang taruh yang




                                                                          217
                                           218
   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230