Page 188 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 188
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Dan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat kerana sifat
bakhil dan kedekut sedangkan mereka mampu dan mengetahui
kewajipan membayar zakat, maka mereka ini tergolong dengan
orang yang fasiq, berdosa dan mendapat azab seksa api neraka di
akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan
perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah,
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab
seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar
emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka Jahanam,
lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka,
serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka):
Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri,
oleh itu, rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
(Terjemahan surah al-Taubah 9: 34-35)
Dalam ayat 34-35 surah al-Taubah ini, Allah SWT menekankan
bahawa barang siapa yang menyimpan harta mereka (setelah
diwajibkan ke atas mereka) dari mengeluarkan zakat, maka azab
yang pedih lagi menyeksakan menanti mereka di akhirat kelak. Ini
berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Setiap harta yang dikeluarkan zakatnya, ia bukanlah
simpanan, dan setiap harta yang tidak engkau keluarkan
zakatnya, ia adalah simpanan.” (Hadis Sahih Riwayat al-
Bukhari)
Para ulamak telah menetapkan bahawa sesiapa yang layak dan
wajib membayar zakat, akan tetapi dengan sengaja mengelak untuk
melaksanakannya maka mereka ini dianggap kafir dan murtad.
Kenyataan ini juga sama dengan pendapat Imam Ibn Hajar al-
‘Asqalani:
180
181