Page 135 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 135

126   Surah Hud : Tafsir dan Huraian



               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menjelaskan kesan buruk kekufuran kaum Nabi Hud a.s.
                   Mereka dilaknat berterusan tanpa henti sepanjang zaman.
                 2. Mereka dilaknat dan dimurkai oleh Allah di dunia. Mereka juga
                   dilaknat dan tidak mendapat rahmat di akhirat.
                 3.  Mereka dibinasakan dan dilaknat kerana mereka telah kufur ingkar
                   kepada Tuhan mereka. Hanya kebinasaan bagi Aad: kaum Nabi Hud.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Balasan yang dikenakan kepada orang yang kufur adalah di luar
                   jangkaan mereka. Balasan laknat dan kemurkaan yang berpanjangan.
                 2.  Orang yang kufur bukan hanya dibinasakan sahaja. Bahkan mereka
                   akan menerima balasan yang amat buruk di dunia dan di akhirat.
                 3. Orang yang kufur tidak layak diberi rahmat. Mereka telah derhaka
                   dan kufur kepada Tuhan mereka. Mereka melanggar perintah Allah.


               Kaedah Beramal

                 1. Hendaklah kita bertaubat dan patuh kepada Allah. Jangan jadi
                   golongan yang kufur dan derhaka.
                 2.  Hendaklah kita ingat balasan buruk dan laknat Allah bagi orang yang
                   kufur. Jangan sangka ia hanya sekadar mainan.
                 3.  Hendaklah kita menjauhi sifat orang yang kufur dan derhaka. Jangan
                   kita melanggar perintah Allah.


                    Ya Allah jauhkanlah kami dari laknat dan kemurkaan-
                       Mu, jadikanlah kami orang beriman dan patuh
                               kepada perintah-Mu. Amin.
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140