Page 133 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 133

124   Surah Hud : Tafsir dan Huraian


               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menyatakan bahawa kaum Aad telah dibinasakan kerana
                   mereka mengingkari ayat-ayat Allah.
                 2. Mereka tidak patuh kepada Nabi mereka. Bahkan mereka derhaka
                   kepada Para Rasul yang diutuskan.
                 3. Mereka hanya menurut perintah setiap pemimpin mereka yang
                   menentang agama Allah dan Rasul-Nya.
                    Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Mendustakan ayat-ayat Allah dan mengingkarinya adalah perbuatan
                   yang mengundang azab Allah.
                 2. Antara sebab kemusnahan umat terdahulu adalah kerana mereka
                   derhaka dan tidak patuh kepada Nabi mereka.
                 3. Azab juga ditimpakan kepada golongan yang mengikut pemimpin
                   mereka yang menentang agama Allah.

               Kaedah Beramal


                 1. Hendaklah kita beriman kepada ayat-ayat Allah. Jangan sesekali
                   mengingkari ayat-ayat Allah atau mendustakannya.
                 2. Hendaklah kita taat dan patuh kepada Rasul yang diutuskan oleh
                   Allah. Jangan jadi orang yang derhaka.
                 3.  Hendaklah kita mengikut pemimpin yang berpegang kepada agama
                   Allah. Jangan ikut pemimpin yang menentang agama Allah.


                    Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada
                    ayat-ayat-Mu dan patuh kepada Rasul-Mu, bantulah
                     kami dan pemimpin kami untuk berpegang kepada
                                      agama-Mu.
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138