Page 129 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 129

120   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Hud a.s telah melaksanakan
                   tugasnya dan memberikan peringatan kepada kaumnya yang sombong
                   menolak seruannya.

                 2. Baginda telah menyampaikan agama Allah. Jika mereka enggan
                   beriman, mereka akan dibinasakan dan digantikan dengan kaum lain
                   yang akan beriman.
                 3. Mereka tidak akan memberikan sebarang mudarat kepada Allah.
                   Bahkan Dialah Tuhan yang menjaga dan mengawasi setiap sesuatu.
                    Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

               Antara Petunjuk Ayat


                 1.  Kita perlu menyampaikan agama Allah dan melaksanakan tugas yang
                   diperintahkan kepada kita.
                 2.  Jika kita enggan patuh dan beriman, terdapat golongan lain yang akan
                   beriman dan patuh mengikut agama Allah.
                 3.  Orang yang kufur hanya akan membinasakan dirinya sendiri. Mereka
                   tidak akan memberikan sebarang mudarat kepada Allah.

               Kaedah Beramal


                 1.  Hendaklah kita menyampaikan agama Allah dan melaksanakan tugas
                   yang diperintahkan kepada kita.
                 2.  Hendaklah kita menjadi golongan yang patuh dan beriman kepada
                   Allah. Jangan jadi golongan yang kufur.

                 3. Hendaklah kita menjauhi sifat sombong yang membinasakan diri
                   sendiri. Jangan sangka kita lebih kuat dari Tuhan kita.


                       Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman,
                       jauhkanlah kami dari sifat orang yang kufur dan
                                    sombong. Amin.
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134