Page 127 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 127
118 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Hud a.s berserah diri kepada
Allah. Baginda langsung tidak mempedulikan ugutan kaumnya.
2. Nabi Hud a.s menjelaskan kepada mereka bahawa segala makhluk
yang bergerak di atas muka bumi semuanya tunduk di bawah
kekuasaan Allah.
3. Nabi Hud a.s menegaskan kepada mereka bahawa Allah SWT adalah
Tuhan Yang Maha Benar. Agamanya adalah agama yang benar dan
lurus.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang beriman adalah orang yang berserah diri kepada Allah.
Tidak takut dengan ugutan manusia.
2. Semua manusia adalah di bawah kekuasaan Allah. Tiada siapa yang
dapat memudaratkan diri kita tanpa izin Allah.
3. Agama Allah adalah agama yang lurus dan tiada keraguan. Agama
yang membawa manusia kepada jalan yang benar.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita bertawakal dan berserah diri kepada Allah. Jangan
takut dengan ugutan manusia.
2. Hendaklah kita beriman kepada kekuasaan Allah. Jangan kita sangka
ada kekuasaan lain yang menandinginya.
3. Hendaklah kita mengikut agama Allah yang lurus dan benar. Jangan
ikut jalan-jalan lain yang sesat.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang bertawakal dan
berserah diri hanya kepada-Mu, bantulah kami untuk
mengikut agama-Mu yang lurus. Amin.