Page 125 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 125
116 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu - menyembah yang lain dari Allah.
Maka rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku, kemudian jalankan
terus, janganlah kamu beri tempoh kepadaku mempertahankan diri”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa kaum Nabi Hud a.s mendakwa
Baginda telah ditimpa penyakit gila kerana menghina tuhan-tuhan
mereka.
2. Nabi Hud a.s dengan tegas menolak kesyirikan mereka yang jelas
menyimpang dari kebenaran dan dakwaan mereka yang dusta.
3. Nabi Hud a.s mencabar mereka semua supaya bersepakat merancang
untuk menyakiti dirinya jika mereka mampu. Baginda tidak akan
mempertahankan diri. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn
Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Golongan yang kufur mempercayai perkara yang khurafat dan
membuat dakwaan yang palsu.
2. Orang yang beriman perlu tegas menolak kesyirikan dan menolak
dakwaan-dakwaan yang tidak benar.
3. Tiada siapa yang dapat memudaratkan diri kita tanpa izin Allah
walaupun semua manusia bersepakat untuk melakukannya.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita tidak mempercayai perkara yang khurafat dan jangan
membuat dakwaan yang palsu.
2. Hendaklah kita tegas menolak kesyirikan dan menolak dakwaan-
dakwaan yang tidak benar.
3. Hendaklah kita beriman dan yakin kepada Allah. Jangan takut dengan
ancaman golongan yang kufur.