Page 121 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 121
112 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Hud a.s menyeru kaumnya
supaya memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat.
2. Allah SWT akan mencurahkan hujan yang lebat dan menambahkan
kekuatan mereka jika mereka memohon keampunan dan bertaubat
kepada-Nya.
3. Nabi Hud a.s melarang mereka dari berpaling dan menolak seruan
Baginda dengan terus melakukan dosa dan kekufuran. (Rujukan
tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita perlu menyeru manusia supaya memohon keampunan dan
bertaubat kepada Allah.
2. Orang yang memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah akan
dikurniakan limpahan rezeki dan kekuatan.
3. Orang yang berpaling dan membelakangkan seruan Rasul dengan
terus melakukan dosa adalah orang yang kufur.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menyeru manusia supaya memohon keampunan dan
bertaubat kepada Allah.
2. Hendaklah kita memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah
untuk dikurniakan limpahan rezeki dan kekuatan.
3. Hendaklah kita menyahut seruan Rasul. Jangan terus melakukan dosa
dan kekufuran.
Ya Allah ampunkanlah dosa kami, bantulah kami
untuk sentiasa bertaubat kepada-Mu, kurniakanlah
kepada kami limpahan rezeki dan kekuatan. Amin.