Page 117 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 117
108 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Hud a.s untuk menyampaikan
agama Allah kepada kaumnya. Iaitu kaum Aad yang berada di Yaman.
2. Nabi Hud a.s menyeru mereka supaya mentauhidkan Allah. Tiada
Tuhan yang layak disembah selain dari-Nya.
3. Nabi Hud a.s melarang mereka dari menyembah tuhan-tuhan
yang mereka cipta. Ia adalah pendustaan yang mereka ada-adakan.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Para Rasul telah diutuskan sejak beribu-ribu tahun dahulu di serata
bumi untuk menyampaikan agama Allah.
2. Semua Rasul menyeru manusia agar mentauhidkan Allah dan tidak
menyembah Tuhan selain dari-Nya.
3. Para Rasul ditugaskan untuk melarang manusia dari pendustaan dan
penyembahan tuhan-tuhan yang mereka cipta.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menyambung tugas Para Rasul untuk menyampaikan
agama Allah kepada semua manusia di serata dunia.
2. Hendaklah kita menyeru manusia agar mentauhidkan Allah dan tidak
menyembah selain dari-Nya.
3. Hendaklah kita melarang manusia dari pendustaan dan penyembahan
tuhan-tuhan yang mereka cipta.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang mentauhidkan-
Mu, bantulah kami untuk menyampaikan agama-Mu.
Amin.