Page 114 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 114
Tema 6 : Kemusnahan Anak Nabi Nuh Kerana Kufur dan
Keselamatan Golongan Beriman 105
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa
kisah Nabi Nuh a.s ini adalah kisah benar yang telah berlaku.
2. Kisah ini adalah wahyu dari perkara ghaib yang tidak diketahui
sebelum ini oleh Nabi Muhammad SAW dan kaumnya.
3. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya bersabar
seperti Nabi Nuh a.s. Kejayaan hanyalah bagi orang-orang yang
bertakwa.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Semua kisah Para Rasul yang dinyatakan di dalam Al-Quran adalah
kisah yang benar. Bukan cerita rekaan.
2. Al-Quran adalah wahyu yang mengandungi perkhabaran mengenai
perkara yang ghaib. Tidak diketahui oleh Nabi Muhammad SAW dan
kaumnya.
3. Kita perlu mencontohi kesabaran Nabi Nuh a.s dan mengikut jejak
langkah kejayaan orang-orang yang bertakwa.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita beriman kepada kebenaran kisah Para Rasul di dalam
Al-Quran. Jangan ragu-ragu Al-Quran adalah wahyu dari Allah.
2. Hendaklah kita beriman kepada perkara ghaib yang dinyatakan di
dalam Al-Quran.
3. Hendaklah kita mencontohi kesabaran Nabi Nuh a.s dan mengikut
jejak langkah kejayaan orang-orang yang bertakwa.
Ya Allah bantulah kami untuk mencontohi kesabaran
Nabi Nuh a.s dan mengikut jejak langkah kejayaan
orang-orang yang bertakwa. Amin.