Page 110 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 110
Tema 6 : Kemusnahan Anak Nabi Nuh Kerana Kufur dan
Keselamatan Golongan Beriman 101
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s berdoa memohon
perlindungan kepada Allah di atas kesilapannya meminta sesuatu
yang tidak diketahui olehnya.
2. Baginda segera memohon keampunan kepada Allah terhadap
permintaannya yang tidak dibenarkan oleh Allah berkaitan anaknya
yang kafir.
3. Baginda merayu mengharapkan keampunan dari Allah dan rahmat-
Nya agar Baginda tidak tergolong di kalangan orang yang rugi.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang beriman tidak mempertikaikan keputusan dan hukuman
yang telah ditetapkan oleh Allah. Hamba Allah serba jahil. Dialah
Tuhan Yang Maha Mengetahui.
2. Kita perlu segera memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah
apabila telah melakukan kesilapan dan kesalahan.
3. Kita perlu sentiasa memohon rahmat Allah. Memohon agar kita
dikurniakan rahmat dan tidak tergolong di kalangan orang yang rugi.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menerima segala ketetapan dan hukuman yang telah
ditetapkan oleh Allah. Jangan mempertikaikan hukum Allah.
2. Jangan bertangguh memohon keampunan dan bertaubat kepada
Allah apabila telah melakukan kesilapan dan kesalahan.
3. Hendaklah kita sentiasa memohon agar dikurniakan rahmat dan tidak
tergolong di kalangan orang yang rugi.
Ya Allah kami berlindung kepada-Mu daripada
memohon sesuatu yang tidak diketahui oleh kami,
ampunkanlah dosa kami dan kurniakanlah rahmat
kepada kami. Amin.