Page 106 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 106

Tema 6 : Kemusnahan Anak Nabi Nuh Kerana Kufur dan
                                                      Keselamatan Golongan Beriman  97




                 Keterangan Ayat

                   1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s dengan rendah diri
                      merayu kepada Allah berkaitan dengan anaknya yang telah tenggelam.
                   2. Nabi Nuh a.s menyangka anaknya tersebut akan diselamatkan
                      dari banjir besar kerana beliau merupakan salah seorang dari ahli
                      keluarganya.
                   3.  Namun Baginda tetap yakin kepada janji Allah. Dialah sebijak-bijak
                      Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya.
                      Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


                 Antara Petunjuk Ayat

                   1.  Kita perlu berdoa kepada Allah dengan merendah diri dan merayu.
                      Berdoa dengan penuh pengharapan.
                   2.  Orang yang beriman perlu yakin kepada janji-janji Allah. Tidak ragu-
                      ragu kepada kebenarannya.
                   3. Kita perlu beriman kepada keadilan Allah. Dialah sebijak-bijak
                      Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya.


                 Kaedah Beramal

                   1.  Jangan sombong tatkala berdoa kepada Allah. Zahirkan sikap tawaduk
                      dan merayu penuh harapan.
                   2.  Dalam berdoa dan mengharap perlu disertai dengan keyakinan tanpa
                      sebarang keraguan.
                   3.  Hendaklah kita beriman kepada keadilan Allah. Jangan kita sangka
                      ada orang yang dizalimi oleh Allah.


                       Ya Allah jadikanlah kami orang yang menjaga adab
                       ketika berdoa kepada-Mu dan beriman kepada janji-
                                        janji-Mu. Amin.
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111