Page 104 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 104
Tema 6 : Kemusnahan Anak Nabi Nuh Kerana Kufur dan
Keselamatan Golongan Beriman 95
Antara Petunjuk Ayat
1. Langit dan bumi adalah makhluk ciptaan yang sentiasa tunduk
kepada perintah Allah.
2. Perintah Allah pasti akan terlaksana. Tiada siapa yang dapat
menghalang kehendak Allah.
3. Kebinasaan kaum Nabi Nuh a.s yang kufur adalah peringatan kepada
semua golongan yang kufur.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita tunduk kepada perintah Allah. Ingatlah bahawa
semua makhluk yang lain sentiasa tunduk kepada perintah Allah.
2. Hendaklah kita beriman dan yakin bahawa janji Allah pasti akan
terlaksana. Jangan ragu-ragu.
3. Hendaklah kita menjadikan kebinasaan kaum Nabi Nuh a.s yang
kufur sebagai peringatan. Jangan cuba menentang agama Allah.
Ya Allah bantulah kami untuk menjadi golongan yang
sentiasa tunduk kepada perintah-Mu, jauhkanlah kami
dari sifat sombong dan zalim. Amin.