Page 99 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 99
90 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa bahtera Nabi Nuh a.s bergerak
pantas membawa mereka dengan selamat ketika ombak banjir yang
besar seperti gunung.
2. Namun sebelum itu, Nabi Nuh a.s telah mempelawa seorang anaknya
yang telah berpisah dengannya agar menaiki bahtera bersama mereka.
3. Baginda menasihatkan anaknya tersebut supaya menjadi orang yang
beriman dan tidak tinggal bersama orang yang kufur.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Hanya Allah yang dapat menyelamatkan kita dari bencana walaupun
sebesar gunung. Kita tidak mampu untuk menyelamatkan diri kita.
2. Bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk memberikan
peringatan dan pendidikan agama kepada anak-anaknya.
3. Kita perlu sentiasa bersama dengan golongan yang beriman. Bukan
berpisah dan meninggalkan golongan yang beriman.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita memohon kepada Allah agar kita diselamatkan dari
segala bencana yang kecil dan besar.
2. Hendaklah kita memberikan peringatan dan pendidikan agama yang
benar kepada anak-anak kita.
3. Hendaklah kita sentiasa bersama dengan golongan yang beriman.
Jangan berpisah dan meninggalkan golongan yang beriman.
Ya Allah selamatkanlah kami dari segala bencana
yang kecil dan besar, jadikanlah kami bersama
dengan golongan yang beriman. Amin.