Page 97 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 97

88   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s memerintahkan para
                   pengikutnya supaya mengingati Allah dan membaca doa ketika
                   menaiki bahtera.

                 2. Mereka diperintahkan membaca doa dengan nama Allah. Dialah
                   Tuhan yang menggerakkan dan memberhentikan bahtera mereka.
                 3. Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pengampun bagi hamba-
                   hamba-Nya yang beriman. Dialah Tuhan Yang Maha Mengasihani.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Orang yang beriman tidak lupa kepada Tuhan mereka di dalam semua
                   urusan mereka.
                 2. Orang yang beriman mengingati Allah dan membaca doa ketika
                   memulakan sesuatu urusan mereka.
                 3. Orang yang beriman akan dikurniakan keampunan dan rahmat.
                   Orang yang kufur tidak akan dikurniakan keampunan dan rahmat.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita mengingati Allah. Jangan lupa kepada Tuhan kita di
                   dalam semua urusan. Jangan lupa membaca ‘Bismillah’.
                 2.  Hendaklah kita membaca doa ketika memulakan sesuatu urusan dan
                   ketika menaiki kenderaan dan bahtera.
                 3. Hendaklah kita memohon keampunan dan rahmat Allah. Jangan
                   berputus asa dari keampunan dan rahmat-Nya.


                      Ya Allah bantulah kami untuk mengingati-Mu dan
                      bersyukur kepada-Mu, kurniakanlah kepada kami
                            keampunan dan rahmat-Mu.  Amin
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102