Page 93 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 93

84   Surah Hud : Tafsir dan Huraian



              Ertinya: “(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami
              untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi
              (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh:
              “Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan
              betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman
              azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang
              beriman”.  Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-
              samanya, melainkan sedikit sahaja”.



               Keterangan Ayat

                 1. Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Nuh a.s terus membina
                   bahteranya sehingga diberikan tanda-tanda ketibaan bencana banjir
                   besar.
                 2.  Allah SWT memerintahkan Baginda supaya membawa naik ke dalam
                   bahteranya semua jenis haiwan yang diperlukan berserta pasangannya.
                 3.  Baginda diperintahkan membawa ahli keluarganya yang beriman dan
                   semua orang beriman yang lain.  Namun tidak ramai kaumnya yang
                   beriman.

                    Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Kita perlu terus berusaha dan beristiqamah sehingga saat yang
                   dikehendaki oleh Allah.
                 2. Kita perlu bersedia sebelum tiba bencana dan membuat persiapan
                   apabila nampak tanda-tanda ketibaan bencana.
                 3. Ramai manusia yang memilih untuk kufur walaupun telah jelas
                   kepada mereka kebenaran.  Tidak ramai yang mahu beriman.
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98