Page 89 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 89

80   Surah Hud : Tafsir dan Huraian


               Keterangan Ayat

                 1. Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Nuh a.s menyahut perintah
                   Allah dan membuat bahtera seperti yang diminta.
                 2. Kaumnya yang kufur mempersendakan Nabi Nuh a.s di atas
                   pembuatan bahtera yang diperintahkan tersebut.
                 3.  Nabi Nuh a.s hanya membalas sindiran dan ejekan mereka tersebut
                   dengan sindiran yang sama.

                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

               Antara Petunjuk Ayat


                 1.  Orang yang beriman perlu menyahut perintah Allah dan melaksanakan
                   perintah seperti yang diminta tanpa perlu banyak bertanya.
                 2.  Kita perlu meneruskan usaha dan melaksanakan perintah Allah tanpa
                   perlu menghiraukan sindiran orang yang kufur.
                 3.  Kita tidak perlu bimbang dengan ejekan orang yang jahil dan orang
                   yang tidak beriman kepada janji dan perintah Allah.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita menyahut perintah Allah dan melaksanakan perintah
                   seperti yang diminta.  Jangan banyak pertikaian.
                 2.  Hendaklah kita meneruskan usaha dan melaksanakan perintah Allah
                   tanpa perlu menghiraukan sindiran orang yang kufur.
                 3.  Hendaklah kita tenang dan tidak melatah dengan ejekan orang yang
                   jahil serta orang yang tidak beriman.


                       Ya Allah bantulah kami untuk segera menyahut
                    perintah-Mu dan melaksanakan perintah seperti yang
                                     diminta. Amin.
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94