Page 85 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 85
76 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s bahawa kaumnya
yang kufur tidak akan beriman selamanya.
2. Orang yang beriman kepada Nabi Nuh a.s hanya beberapa orang
sahaja dari pengikutnya yang benar-benar beriman.
3. Nabi Nuh a.s tidak perlu bersedih dan berdukacita dengan perbuatan
yang telah dilakukan oleh kaumnya.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Hanya Allah yang mengetahui siapa yang akan beriman dan siapa
yang tidak akan beriman. Kita tidak mengetahuinya.
2. Hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang dikira sebagai
orang yang beriman. Orang yang ragu-ragu tidak dikira beriman.
3. Kita tidak perlu bersedih dan berdukacita dengan perbuatan yang
telah dilakukan oleh golongan yang kufur.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menyampaikan agama Allah kepada semua orang.
Jangan cepat menyangka mereka tidak akan beriman.
2. Hendaklah kita menjadi orang yang benar-benar beriman. Jangan
jadi orang yang ragu-ragu untuk beriman.
3. Hendaklah kita tidak bersedih dan tidak berdukacita dengan
perbuatan yang telah dilakukan oleh golongan yang kufur.
Ya Allah bantulah kami untuk menyampaikan agama-
Mu kepada semua orang, jadikanlah kami orang yang
benar-benar beriman. Amin.