Page 81 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 81

72   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s terus menyampaikan
                   peringatan dan nasihat kepada kaumnya yang kufur.
                 2. Mereka enggan menerima nasihat walaupun Baginda telah puas
                   berusaha. Nasihat tidak berguna bagi orang yang telah memilih
                   kesesatan.
                 3. Baginda menyerahkan urusan mereka kepada Allah. Dialah Tuhan
                   kamu dan kepada-Nya kamu akan kembali.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Sebahagian manusia memilih untuk ingkar dan kufur kepada Allah.
                   Mereka tidak akan mendengar nasihat.
                 2. Para Rasul terus bersabar menyampaikan peringatan dan nasihat
                   walaupun kepada orang yang degil dan kufur.
                 3. Para Rasul menyerahkan urusan hidayah kepada Allah setelah
                   berusaha menyampaikan nasihat.


               Kaedah Beramal

                 1. Hendaklah kita memilih untuk beriman dan patuh kepada Allah.
                   Jangan jadi orang yang enggan mendengar nasihat.
                 2.  Hendaklah kita terus bersabar menyampaikan peringatan dan nasihat
                   walaupun kepada orang yang degil dan kufur.
                 3. Hendaklah kita menyerahkan urusan hidayah kepada Allah setelah
                   berusaha menyampaikan nasihat.


                     Ya Allah jadikanlah kami orang yang menerima dan
                    mendengar nasihat, jauhkanlah kami dari sifat orang
                                    yang sesat. Amin.
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86