Page 79 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 79

70   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menyatakan jawapan Nabi Nuh a.s kepada para pembesar
                   kaumnya yang kufur dan sombong agar disegerakan azab Allah.
                 2. Baginda menjelaskan bahawa penentuan azab adalah urusan dan
                   kehendak Allah.  Baginda bukan ditugaskan untuk membawa azab.
                 3. Baginda memberikan nasihat dan peringatan bahawa mereka tidak
                   akan terlepas dari azab jika dikehendaki oleh Allah.
                    Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Kita tidak ditugaskan untuk membawakan azab kepada golongan
                   yang sombong dan kufur.
                 2.  Kita hanya diperintahkan supaya memberikan peringatan dan nasihat
                   kepada mereka.
                 3.  Penentuan azab adalah urusan Allah dan mengikut kehendak Allah.
                   Bukan mengikut kehendak manusia.


               Kaedah Beramal

                 1. Hendaklah kita banyak bersabar di dalam menyampaikan agama
                   Allah.  Jangan cepat berputus asa.
                 2.  Hendaklah kita sentiasa memberikan peringatan dan nasihat kepada
                   golongan yang sombong dan kufur.
                 3.  Hendaklah kita takut kepada azab Allah.  Jangan sangka kita boleh
                   terlepas dari balasan Allah.





                      Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersabar di
                     dalam menyampaikan agama-Mu, bantulah kami
                      untuk memberikan peringatan dan nasihat. Amin.
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84