Page 74 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 74

Tema 4 : Perjuangan Nabi Nuh AS di dalam Menyampaikan
                                                          Dakwah Kepada Kaumnya   65



                                           Ayat 31

                 Firman Allah SWT :
                                                                       َ
                    َ
                 ُ ُ ٓ َ  َ َ ۡ َ  ۡ  َ  ۡ  َ  ٓ َ  َ ܅  ُ َ َ  ۡ ُ  َ ُ ُ ٓ َ  َ
                                                 ٓ
                                 ُ
                 لݠݏأ ݫو ܜݤ݊ݕٱ ݗݖ݆أ ݫو ِܒٱ ݚڏاܲܭ يِܯݜِ݆ ݗٶݕ لݠݏأ ݫو
                                                ِ
                                                             َ
                 ُ ܅  ُ ُ َ  ۡ ُ  َ  ۡ ُ ُ ُ  ۡ  َ  ٓ  َ ۡ َ  َ  ܅  ُ ُ ٓ َ  َ ٞ  َ  َ  ّ
                  ܒ ٱ   ݗ ݟ ݤ ِ٭ ܖ ݣ   ݚ ݕ   ݗ ٶ  ݜ ݤ ٱ أ   ي ر د ܲ ܡ   ݚ ݣ ِٗ ِڍ   ل ݠ ݏ أ   ݫ و   ݑ ݖ ڎ   ޓ ِ إ ِ
                                             ِ
                                                                 َ
                          َ    ܅   َ  ܅ ٗ  ٓ  ّ  ۡ  ُ  َ  ٓ  َ ُ  َ  ۡ ُ ܅  ً ۡ َ
                              ٰ
                      ٣١ ߡِݙِݖۂݕٱ ݚِݙڍ اذِإ ޓِإ ݗݟِܵݍݛأ  ِ ޳ ܛݙܝ ݗݖ݆أ ܒٱ ۖܕ߄ܭ
                                            ِ
                                                           ِ
                                                ِ
                 Ertinya: “Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada
                 perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-
                 perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan
                 aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang
                 hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah
                 lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya jika
                 aku bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim”.



                 Keterangan Ayat

                   1. Allah SWT menyatakan penjelasan Nabi Nuh a.s kepada kaumnya
                      yang menghina pengikutnya dari kalangan orang yang lemah dan
                      miskin.
                   2. Nabi Nuh a.s menjelaskan kepada mereka bahawa Baginda tidak
                      memiliki khazanah Allah. Baginda tidak mengetahui perkara yang
                      ghaib. Baginda bukan malaikat.
                   3.  Baginda tidak akan menzalimi pengikutnya yang beriman walaupun
                      dipandang hina oleh para pembesar kaumnya.
                      Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79