Page 72 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 72

Tema 4 : Perjuangan Nabi Nuh AS di dalam Menyampaikan
                                                          Dakwah Kepada Kaumnya   63



                                           Ayat 30

                 Firman Allah SWT :
                                                                        َ
                     َ  ُ  ܅ َ َ  َ َ  َ  ۡ ُ  ܆  َ َ  ܅  َ  ُ ُ َ  َ  ۡ َ َ
                                                                         ٰ
                 ٣٠ نوܱݒܰܡ ݬ݌أ ۚݗݟ٭دܱ݀ نِإ ِܒٱ ݚِݘ ٞߘݜݣ ݚݘ  ِمݠݐژو
                                                          ِ
                 Ertinya: “Dan lagi wahai kaumku. Siapakah yang akan menolongku dari
                 azab Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu
                 ingatkan kekuasaan Allah?”




                 Keterangan Ayat

                   1. Allah SWT menyatakan penjelasan Nabi Nuh a.s yang menolak
                      permintaan kaumnya supaya mengusir pengikutnya yang terdiri dari
                      golongan yang lemah.
                   2.  Baginda menjelaskan kepada mereka bahawa pengusiran pengikutnya
                      yang beriman akan mengundang azab Allah.
                   3. Baginda menasihati mereka supaya ingat dan sedar dari kesalahan
                      mereka agar tidak mengusir golongan yang lemah dan miskin ini.
                       Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

                 Antara Petunjuk Ayat


                   1.  Golongan yang lemah dan miskin sepatutnya diberikan bantuan dan
                      perhatian. Bukan dihalau atau diusir.
                   2. Pengusiran orang-orang yang beriman adalah perbuatan dosa yang
                      akan mengundang azab Allah.
                   3. Kita perlu menjaga kebajikan golongan yang lemah dan miskin.
                      Memberikan nasihat kepada orang yang ingin mengusir mereka.
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77