Page 67 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 67
58 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 28
Firman Allah SWT : َ
ُ
َ
َ َ
ّ
َ ّ َ
َ َ
ّ ܅
ۡ ُ ۡ َ َ
ۡ
ٰ
ٰ
ޚ پ ܡ ا ء و ٛ ر ݚ ِ ݘ ٖ ܟ ݜ ڄ ܝ ً ٰ َ َ ܠ ُ ݜ ݒ ن ِ إ ݗ ܢ ٰ ء ر أ ِ م ݠ ݐ ژ ل ܛ ݏ َ َ
ِ
ِ
ِ
َ
َ َ ۡ ُ َ َ َ ُ ُ ُ ۡ ُ َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ ّ ُ َ ۡ ّ ٗ ۡ َ َ
ܛ ݟ ڍ ݗ ܢ ݛ أ و ܛ ݞ ݠ ݙ ݓ ݘ ܲ ݖ ݛ څ ݗ ٶ ݤ ݖ ݆ ܠ ݤ ِݙ ݇ ٳ ۦ ِ ه ِܯ ݜ ِ݆ ݚ ِݘ ܟ ލ ر
ِ
َ ُ َ
ٰ
٢٨ نݠݞܱڪ
ِ
Ertinya: “Nabi Nuh berkata: “Wahai kaumku. Jika keadaanku berdasarkan
bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi
kepadaku dari sisi-Nya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada
pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka
adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti
itu sedang kamu tidak suka kepadanya?” .”
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menjawab segala
tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh kaumnya yang kufur.
2. Baginda menjelaskan bahawa Baginda menerima wahyu dari Allah
sebagai bukti dan petunjuk. Baginda telah dilantik menjadi Rasul
Allah.
3. Namun malangnya mereka buta hati tidak nampak kebenaran yang
dibawa. Baginda tidak akan memaksa mereka menerima kebenaran.