Page 70 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 70

Tema 4 : Perjuangan Nabi Nuh AS di dalam Menyampaikan
                                                          Dakwah Kepada Kaumnya   61


                 tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu
                 minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan
                 pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing);
                 tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang
                 mesti diketahui”.



                 Keterangan Ayat

                   1.  Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menjelaskan kepada
                      kaumnya bahawa Baginda tidak meminta sebarang upah atau habuan
                      dunia dari mereka.
                   2. Baginda tidak akan menghalau pengikutnya yang dipandang hina
                      oleh kaumnya. Mereka adalah golongan beriman yang akan bertemu
                      Tuhan mereka.
                   3.  Baginda menjelaskan bahawa permintaan kaumnya untuk menghalau
                      pengikutnya adalah tidak wajar. Ia adalah permintaan kaum yang jahil
                      dan tidak mengetahui. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn
                      Kathir dll.)


                 Antara Petunjuk Ayat

                   1.  Orang yang menyampaikan agama Allah perlu ikhlas. Tidak meminta
                      sebarang upah atau habuan dunia dari manusia.
                   2.  Orang yang beriman mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah
                      walaupun dipandang hina oleh sebahagian manusia.
                   3.  Tidak perlu mengikut permintaan golongan yang jahil. Tidak perlu
                      menunaikan permintaan mereka yang bercanggah dengan agama
                      Allah.
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75