Page 75 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 75
66 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Antara Petunjuk Ayat
1. Para Rasul tidak diutuskan untuk menjanjikan kekayaan dunia dan
perbendaharaan harta kepada para pengikutnya.
2. Para Rasul adalah utusan Allah yang tidak mengetahui perkara yang
ghaib. Mereka adalah manusia bukan para malaikat.
3. Para Rasul tidak akan menzalimi para pengikutnya. Mereka tidak
akan mengikut kehendak para pembesar kaumnya yang zalim.
Kaedah Beramal
1. Tidak boleh menjanjikan kekayaan dunia dan perbendaharaan harta
di dalam menyampaikan dakwah.
2. Kita hendaklah tidak membuat dakwaan mengetahui perkara yang
ghaib. Jangan mengaku sebagai para malaikat.
3. Kita hendaklah tidak menzalimi golongan yang lemah. Jangan
mengikut kehendak orang yang zalim.
Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat orang yang zalim,
kurniakanlah kepada kami sifat penyayang kepada
orang yang beriman. Amin.
Sila
tambah petunjuk-
petunjuk ayat