Page 83 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 83

74   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1. Allah SWT menjelaskan bahawa kaum musyrikin menuduh Nabi
                   Muhammad SAW telah berdusta.
                 2. Mereka mendakwa ayat-ayat Al-Quran dan kisah Nabi Nuh a.s ini
                   adalah rekaan semata-mata.
                 3.  Allah SWT memerintah Baginda supaya menafikan tuduhan tersebut
                   dan berlepas diri dari tuduhan mereka.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Orang yang kufur enggan untuk beriman kepada ayat-ayat Allah.
                   Mereka mendakwa ia adalah rekaan yang dusta.
                 2.  Orang yang mereka-reka wahyu akan menanggung dosa yang besar di
                   atas perbuatan jenayahnya itu.
                 3.  Orang yang beriman perlu membersihkan tuduhan yang dilemparkan
                   kepada kitab Allah.  Jangan membiarkan kitab Allah dihina.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita beriman kepada ayat-ayat Allah.  Jangan mendakwa ia
                   adalah rekaan yang dusta.
                 2. Hendaklah kita menjaga kemuliaan wahyu.  Jangan membuat
                   perubahan dan rekaan terhadap wahyu Allah.
                 3. Hendaklah kita membersihkan tuduhan yang dilemparkan kepada
                   kitab Allah.  Jangan biarkan kitab Allah dihina.


                    Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada
                    ayat-ayat-Mu, jauhkanlah kami dari sifat orang yang
                            mendustakan ayat-ayat-Mu. Amin.
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88