Page 91 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 91

82   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s memberikan peringatan
                   kepada kaumnya mengenai azab yang akan menimpa mereka.
                 2. Mereka akan mengetahui nanti siapa yang akan ditimpa azab yang
                   menghinakannya di dunia dan azab yang kekal di akhirat.
                 3.  Mereka akan menyaksikan azab yang akan menimpa diri mereka dan
                   tidak menimpa orang beriman yang mereka hina.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Kita perlu menyampaikan peringatan kepada orang yang kufur
                   mengenai azab Allah.   Walaupun mereka tidak akan beriman.
                 2.  Azab Allah adalah azab yang benar dan pasti.  Azab yang pedih dan
                   menghinakan orang yang kufur.
                 3.  Azab di akhirat adalah azab yang kekal bagi orang yang kufur.  Azab
                   yang berkekalan tanpa henti.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita memberikan peringatan kepada golongan yang kufur
                   mengenai azab Allah.  Walaupun mereka tidak akan beriman.
                 2. Hendaklah kita beriman kepada azab Allah yang benar dan pasti.
                   Jangan sangka ia hanya sekadar mainan.
                 3.  Hendaklah kita ingat kepada azab Allah yang amat dahsyat.  Jangan
                   buat perkara yang mengundang azab Allah.





                    Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada
                     janji-Mu, selamatkanlah kami dari segala azab dan
                                    bencana.  Amin.
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96