Page 103 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 103
94 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 44
Firman Allah SWT :
َ
ٓ ۡ
ٓ
ُ َ ُ َ َ َ ۡ ٓ َ َ َ ۡ ُ َ َ َ َ
ُ َ َ َ َ
َ
ٰ
܈
ِ ުݏو ءܛݙڍٱ ܼݤِٲو ޱِݖݏأ ءܛݙܵژو ِكءܛݘ ޱݖܝٱ ضܵܕە ݔݤِٴو
ِ
ِ
َ ܅ ۡ َ ۡ ّ ٗ ۡ ُ َ َ ّ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ
َ
ٰ
٤٤ ߡِݙِݖۂݕٱ ِمݠݐݖِݕ اܯ݇٬ ݔݤِٴو ۖ ِ يِدݠކٱ ً تݠܢܴٱو ܱڎݧٱ
Ertinya: “Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada
bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai
langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air,
serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itu pun
berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya
bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memerintahkan bumi supaya menelan airnya dan langit
supaya berhenti hujan setelah ditenggelamkan kaum yang kufur.
2. Bahtera Nabi Nuh a.s akhirnya berlabuh di atas gunung “Judiy”
setelah air surut dan terlaksana perintah Allah terhadap mereka yang
kufur.
3. Orang-orang yang kufur dan zalim dari kalangan kaum Nabi Nuh a.s
dijauhkan dari rahmat Allah. Mereka tidak diselamatkan.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.