Page 108 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 108

Tema 6 : Kemusnahan Anak Nabi Nuh Kerana Kufur dan
                                                      Keselamatan Golongan Beriman  99




                 Keterangan Ayat

                   1. Allah SWT menjelaskan kepada Nabi Nuh a.s bahawa anaknya
                      tersebut bukan dari kalangan keluarganya yang beriman dan beramal
                      soleh.

                   2.  Allah SWT melarang Nabi Nuh a.s dari berdoa dan meminta sesuatu
                      yang Baginda tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
                   3.  Allah SWT memberikan nasihat dan peringatan kepada Nabi Nuh a.s
                      supaya tidak menjadi dari kalangan orang yang jahil.
                      Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


                 Antara Petunjuk Ayat

                   1.  Tiada siapa yang dapat menyelamatkan orang yang kufur dari azab
                      Allah. Walaupun bapa dan keluarganya sendiri.
                   2. Kita dilarang dari berdoa dan meminta sesuatu yang kita tidak
                      mempunyai pengetahuan mengenainya.
                   3.  Kita dilarang dari menjadi di kalangan orang yang jahil. Kita perlu
                      menjadi di kalangan orang yang mengikut wahyu Allah.


                 Kaedah Beramal

                   1.  Hendaklah kita menyelamatkan diri kita dari azab Allah. Jangan jadi
                      orang yang kufur dan menentang agama Allah.
                   2. Hendaklah kita berdoa memohon perkara yang dibenarkan oleh
                      Allah. Jangan memohon perkara yang dilarang.
                   3. Hendaklah kita menjadi di kalangan orang yang mengikut wahyu
                      Allah. Jangan jadi di kalangan orang yang jahil.


                      Ya Allah selamatkanlah kami dari azab-Mu, jauhkanlah
                       kami dari sifat orang yang kufur dan sifat orang yang
                                          jahil. Amin.
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113