Page 112 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 112
Tema 6 : Kemusnahan Anak Nabi Nuh Kerana Kufur dan
Keselamatan Golongan Beriman 103
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menerima rayuan taubat Nabi Nuh a.s dan membenarkan
Baginda untuk mendarat turun dari bahteranya dengan selamat.
2. Allah SWT mengurniakan keselamatan dan keberkatan kepada Nabi
Nuh a.s serta seluruh umat beriman yang bersamanya dan zuriat
mereka.
3. Adapun zuriat mereka yang tidak beriman pula akan diberikan
kesenangan yang sementara. Kemudian mereka akan menerima
balasan azab.
Antara Petunjuk Ayat
1. Allah SWT memberikan keampunan kepada orang yang bertaubat
dan mengurniakan ganjaran kepada mereka.
2. Golongan yang beriman akan diberikan keselamatan dan keberkatan
dari Allah. Selamat dan berkat di dunia dan akhirat.
3. Golongan yang kufur hanya diberikan kesenangan yang sementara di
dunia. Mereka akan menerima balasan azab di akhirat.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita bertaubat dengan penuh pengharapan agar diterima
taubat. Jangan putus asa dari rahmat Allah.
2. Hendaklah kita memilih untuk menjadi golongan beriman yang
diberikan keselamatan dan keberkatan.
3. Jangan kita menjadi golongan kufur yang diberikan kesenangan yang
sementara di dunia dan menerima balasan azab di akhirat.
Ya Allah bantulah kami untuk menjadi golongan
beriman yang diberikan keselamatan dan keberkatan,
jauhkanlah kami dari jalan orang yang kufur. Amin.