Page 123 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 123
114 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan reaksi kaum Nabi Hud a.s. Mereka enggan
untuk beriman. Mereka berkeras untuk kekal di dalam kekufuran.
2. Mereka menolak dakwah Nabi Hud a.s. Mereka meminta Baginda
membawa bukti mukjizat yang menunjukkan kebenaran Baginda.
3. Mereka enggan untuk meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan
yang mereka cipta. Mereka tidak akan beriman kepada Nabi Hud a.s.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Reaksi golongan yang kufur adalah sama sejak dari zaman dulu.
Mereka enggan untuk beriman. Mereka berkeras untuk kekal di
dalam kekufuran.
2. Golongan yang menolak agama Allah menggunakan pelbagai alasan
untuk tidak beriman. Mereka meminta bukti walaupun bukti telah
diberikan.
3. Golongan yang kufur enggan untuk meninggalkan kepercayaan yang
mereka cipta. Mereka enggan untuk beriman kepada agama Allah.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita beriman. Jangan berkeras untuk kekal di dalam
kekufuran. Jangan ikut jejak langkah golongan yang kufur.
2. Hendaklah kita menerima agama Allah. Jangan banyak alasan untuk
tidak beriman. Jangan meminta bukti apabila bukti telah diberikan.
3. Hendaklah kita meninggalkan kepercayaan karut yang direka oleh
manusia. Jangan sembah tuhan-tuhan yang direka oleh manusia.
Ya Allah jadikanlah kami golongan yang beriman
kepada-Mu, jauhkanlah kami dari sifat golongan yang
kufur. Amin.