Page 207 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 207

198   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1. Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Musa a.s telah diutuskan
                   kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya.
                 2. Nabi Musa a.s telah membawa ayat-ayat Allah serta mukjizat dan
                   bukti keterangan. Namun mereka menolaknya.
                 3. Mereka mengikut perintah Firaun. Sedangkan perintah Firaun itu
                   adalah sesat bukanlah perintah yang benar. (Rujukan tafsir: At-Tabari,
                   Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)


               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Para Rasul telah diutuskan silih berganti sejak beribu tahun dahulu
                   untuk menyampaikan ayat-ayat Allah.

                 2. Para Rasul membawa mukjizat dan bukti keterangan agar manusia
                   beriman. Agar mereka mengikut jalan yang benar.
                 3.  Kisah umat-umat terdahulu yang sesat adalah untuk kita menghindari
                   cara mereka yang salah dan mengikut cara yang betul.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita menyampaikan ayat-ayat Allah walaupun berhadapan
                   dengan orang yang zalim.
                 2. Hendaklah kita beriman kepada mukjizat yang dibawa oleh Para
                   Rasul. Jangan jadi orang yang zalim dan kufur.
                 3. Hendaklah kita menghindari kesalahan dan kesesatan yang telah
                   dilakukan oleh umat yang sesat dan binasa.



                    Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada
                    ayat-ayat-Mu, bantulah kami untuk mengikut jalan-Mu
                                   yang benar. Amin.
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212