Page 203 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 203
194 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 95
Firman Allah SWT :
َ
ُ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ َ ۡ َ ّ ٗ ۡ ُ َ ٓ َ ْ ۡ َ ۡ َ ۡ ܅ َ َ
٩٥ دݠݙٮ تܯِ݇ܝ ܛݙݒ ݚٰܯݙِڍ اܯ݇٬ ݫڅ ۗܛݟݤِٳ اݠݜٰ݊ ݗڍ نܕݒ
Ertinya: “(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di
situ. Ketahuilah, kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana
binasanya kaum Thamud.”
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan kesudahan kaum Nabi Syuaib a.s yang
angkuh dan sombong menentang agama Allah.
2. Mereka semua dibinasakan sehingga seolah-olahnya mereka tidak
pernah hidup dan tidak pernah tinggal di tempat kediaman mereka.
3. Mereka dibinasakan kerana mereka zalim dan kufur kepada Tuhan
mereka. Kecelakaan bagi mereka seperti kaum Thamud.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Kesenangan dan kekayaan yang sementara adalah tidak berguna jika
diakhiri dengan azab yang hina.
2. Keangkuhan orang yang menentang agama Allah hanya sekejap dan
sementara. Mereka akan mati dan binasa.
3. Kebinasaan dan kecelakaan yang menimpa golongan yang kufur
adalah kerana mereka zalim dan ingkar kepada Tuhan mereka.