Page 199 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 199
190 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 93
Firman Allah SWT :
ۡ َ َ َ ُ ۡ َ َ ٞ َ ّ ۡ ُ َ َ َ َ ْ ُ ۡ َ
َ
َ
ۡ َ َ
َ
ۡ َ
ٰ
ٰ
ٰ
ِݝ ݤ ِ٭ ܕ ݣ ݚ ݘ ن ݠ ݙ ݖ ݇ ٭ ف ݠ ܴ ۖݔ ِݙ ڦ ޓ ِإ ݗ ٶ ِܢ ݛߤ ݘ ً اݠ ݖ ݙ ٱ ٱ ِ م ݠ ݐ ژ و
ِ
ٞ َ ۡ ُ َ َ ّ ْ ٓ ُ َ ۡ َ ٞ ٰ َ َ ُ ۡ َ َ ۡ ُ ٞ َ َ
٩٣ ܜݤِٴر ݗٶ݇ݘ ޓِإ اݠܞِݐܡرٱو ۖبِܰڪ ݠݞ ݚݘو ِݝڊܲބ با݆ܰ
ِ
ِ
Ertinya: “Dan wahai kaumku, buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang
agama Allah yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan
bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya). Kamu akan ketahui siapakah
yang akan didatangi azab yang menghinakannya, dan siapa pula yang berdusta. Dan
tunggulah, sesungguhnya aku juga turut menunggu bersama-sama kamu”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Syuaib a.s memberikan amaran
dan peringatan kepada kaumnya yang menentang agama Allah.
2. Baginda memberi peringatan jika mereka masih berkeras untuk
menentang agama Allah mereka akan mengetahui akibat azab yang hina
nanti.
3. Baginda menjelaskan kepada mereka bahawa Baginda akan tetap
bekerja menyampaikan agama Allah dan menunggu balasan orang yang
kufur. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita perlu memberikan amaran dan peringatan kepada golongan yang
menentang agama Allah.
2. Orang yang menentang agama Allah akan menerima akibatnya.
Mereka akan mengetahui siapakah sebenarnya yang berada di jalan
yang benar.
3. Kita perlu bekerja dan berusaha untuk menyampaikan agama Allah
walaupun ditentang oleh golongan yang memusuhi agama Allah.