Page 195 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 195
186 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 91
Firman Allah SWT :
َ َ َ َ َ ܅ ُ ُ َ ܅ ّ ٗ َ ُ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ُ َ ْ ُ َ
ٰ
ٰ
ܛݜݤِٳ ݑݰ߃ڍ ܛݛܳ لݠݐ٭ ܛݙِڎ ߄ِܥݒ ݝݐݍٯ ܛݘ ܜݤܸ݇ژ اݠڍܛݏ
َ
َ َ ۡ َ َ َ ٓ َ َ َ َ ۡ َ َ َ َ ُ ۡ َ َ َ ۡ َ ٗ َ
ٰ
٩١ ܲڊܲ݇ܝ ܛݜݤݖ݆ ܠݛأ ܛݘو ۖݑڴތܱڍ ݑ݁ݞر ݫݠڍو ۖܛݍݤِ݇ܽ
ٖ ِ ِ
Ertinya: “Mereka berkata: “Wahai Syuaib, kami tidak mengerti kebanyakan dari
apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang
lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu,
tentulah kami telah melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula
bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami.”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa kaum Nabi Syuaib a.s menolak
seruan dan nasihat Baginda. Malah mereka memberi ancaman bunuh.
2. Mereka enggan untuk mendengar dan memahami seruan dan nasihat
Baginda. Mereka merasakan Baginda adalah orang yang lemah.
3. Mereka sudah bertekad untuk membunuh Baginda jika tidak kerana
kedudukan keluarga Baginda di sisi mereka. Bukan kerana kedudukan
Baginda. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Sebahagian manusia enggan untuk mendengar nasihat dan memahami
seruan Allah. Bahkan mereka memberi ancaman untuk menentang
agama Allah.
2. Mereka merasakan agama Allah adalah agama yang lemah. Agama
yang tidak sesuai dan tidak bertepatan dengan kehendak mereka.
3. Mereka tidak teragak-agak di dalam memberi ancaman untuk
menghapuskan agama Allah serta orang-orang yang beriman.