Page 190 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 190
Tema 11 : Pergolakan Nabi Syuaib dengan Kaumnya Serta Kebinasaan
Bagi Yang Kufur dan Keselamatan Bagi Yang Beriman 181
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita perlu bersabar di dalam menyampaikan hukum dan perintah
Allah. Tidak mengalah dengan tekanan orang yang menentang
hukum Allah.
2. Kita perlu turut patuh kepada hukum Allah dan tidak terkecuali dari
mematuhi perintah dan larangan Allah sama seperti orang lain.
3. Kita perlu sedaya upaya untuk melakukan pembaikan. Kita perlu
bergantung kepada Allah dan menyerahkan diri kepada-Nya serta
kembali kepada-Nya.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita bersabar di dalam menyampaikan hukum dan
perintah Allah. Jangan mengalah dengan tekanan orang yang
menentang hukum Allah.
2. Hendaklah kita turut patuh kepada hukum Allah sama seperti orang
lain. Jangan suruh orang patuh perintah tetapi kita tidak patuh.
3. Hendaklah kita melakukan islah dan pembaikan dengan sedaya
upaya. Berserah diri kepada Allah serta kembali kepada-Nya.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang sentiasa patuh
kepada perintah-Mu, bantulah kami untuk melakukan
islah dan pembaikan di dalam masyarakat kami. Amin.
Sila
tambah petunjuk-
petunjuk ayat