Page 187 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 187
178 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 87
Firman Allah SWT :
َ َ ۡ َ ُ ٓ ۡ ܅ َ َ ُ ُ َ َ ُ َ َ َ ُ ۡ َ ُ َ ْ ُ َ
ۡ
ٓ
َ َ ُ ُ ۡ َ َ َ ُ
ٰ
ٰ
نأ وأ ܛݛؤܛܝاء ܯܞٰ݇ ܛݘ ك߁ٯ نأ كܱڎܕܡ ݑܡݠݖܺأ ܜݤܸ݇ژ اݠڍܛݏ
ۡ َ َ ْ َ
َ
ُ ܅ ُ َ َ َ ܅ ُ َ َ َ َ َ ۡ ٓ َ ۡ ܅
܈
ٰ
٨٧ ܯݤِܷܱڍٱ ݗݤِݖއٱ ܠݛݧ ݑݛِإ ۖ اܖۻټ ܛݘ ܛ ِ ّۊݘأ ِ ݔ݇ݍٯ
Ertinya: “Mereka berkata: “Wahai Syuaib. Adakah sembahyangmu (yang
banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang
disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang
kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya
engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal
(maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang
bertentangan dengan kebiasaan kami)?”
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan reaksi kaum Nabi Syuaib a.s terhadap nasihat
Baginda dan sindiran mereka terhadap peringatan yang disampaikan
kepada mereka.
2. Mereka ingin kekal dengan kesyirikan datuk moyang mereka. Mereka
ingin bebas mengambil harta orang dan melakukan apa sahaja di
dalam urusan harta mereka.
3. Mereka mendakwa solat Baginda yang menyebabkan Baginda
melarang mereka dari kesyirikan dan penipuan. Baginda bukan
penyabar dan bijak seperti yang mereka ingin. (Rujukan tafsir: At-
Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)