Page 188 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 188
Tema 11 : Pergolakan Nabi Syuaib dengan Kaumnya Serta Kebinasaan
Bagi Yang Kufur dan Keselamatan Bagi Yang Beriman 179
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang kufur lebih suka mengikut agama datuk moyang mereka
yang jelas bercanggah dengan agama Allah.
2. Orang yang tidak beriman ingin bebas mengambil harta orang lain
dan melakukan apa sahaja di dalam urusan harta mereka.
3. Solat orang yang beriman dijadikan bahan sindiran dan ejekan oleh
orang yang tidak beriman. Mereka mempersendakan agama Allah.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita meninggalkan kepercayaan datuk moyang kita jika
jelas bercanggah dengan agama Allah.
2. Hendaklah kita mengikut panduan yang ditetapkan oleh Allah di
dalam urusan harta. Jangan ikut suka hati.
3. Hendaklah kita menjaga solat kita walaupun jika ada ejekan oleh
orang yang tidak beriman. Jangan pedulikan ejekan mereka.
Ya Allah bantulah kami untuk mengikut panduan
agama-Mu, jadikanlah kami orang yang sentiasa
menjaga solat kami. Amin.
Sila
tambah petunjuk-
petunjuk ayat