Page 185 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 185

176   Surah Hud : Tafsir dan Huraian




                                        Ayat 86

              Firman Allah SWT :
                       َ ۠ ٓ
                   ُ ۡ َ َ   َ  َ َ َ  ۡ ܆ ُ  ُ     ۡ ُ  ܅  ٞ ۡ َ  ܅  ُ ܅ َ
                  ݗٶݤݖ݆ ܛݛڅ ܛݘو ۚߡِݜِݘܖڎ ݗܢݜݒ نِإ ݗٶݕ ߄ܭ ِܒٱ ܠݤِݐܝ

                                                                       َ
                                                               ٨٦  ٖ ݂ݤِݍ ِ ݺ


              Ertinya: “Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu (daripada
              yang kamu ambil secara haram itu), jika betul kamu orang-orang yang
              beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan
              kamu”.




               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Syuaib a.s menasihati kaumnya
                   supaya meninggalkan sumber pendapatan mereka yang haram.
                 2.  Pendapatan yang dihalalkan oleh Allah kepada mereka adalah lebih
                   baik untuk mereka jika mereka benar-benar beriman kepada Allah.
                 3.  Baginda hanya menyampaikan nasihat kepada mereka. Baginda bukan
                   ditugaskan untuk menjaga dan mengawas segala perbuatan mereka.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Pendapatan yang halal akan diberkati oleh Allah. Pendapatan yang
                   haram tidak akan mendapat keberkatan.
                 2. Allah SWT akan memberkati orang beriman yang berusaha untuk
                   memastikan pendapatannya adalah dari sumber yang halal.
                 3.  Iman bukan hanya sekadar kata-kata. Iman perlu dibuktikan dengan
                   perbuatan yang jujur di dalam urusan kerja dan tingkah laku.
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190