Page 183 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 183
174 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 85
Firman Allah SWT :
َ
َ ܅ ْ ُ َ ۡ َ َ َ ۡ ۡ َ َ ۡ َ َ ۡ ۡ ْ ُ ۡ َ ۡ َ َ
َ
ٰ
سܛّٱ اݠܵܮܞ٭ ݫو ܐِ ِܿܵݐݕܓܝ ناߊِݙڍٱو لܛݤݓِݙڍٱ اݠوأ ِمݠݐژو
ِ
ٓ ۡ
َ
َ ۡ ُ َ ۡ ْ ۡ ۡ َ َ َ ۡ ُ َ َ َ
٨٥ ݚݣِܯِܵݍݘ ِ ضܵݧٱ ِ اݠܥ݇٭ ݫو ݗݞءܛݤܷأ
Ertinya: “Dan wahai kaumku. Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan
adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi
haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Syuaib a.s memerintahkan
kaumnya supaya menyempurnakan sukatan dan timbangan dengan
betul dan adil.
2. Baginda melarang mereka dari mengurangkan hak orang lain di dalam
urusan perniagaan dan urusan-urusan yang lain.
3. Baginda juga melarang mereka dari melakukan kerosakan dan
kezaliman di muka bumi dengan mengganggu dan merampas hak
orang lain.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Sukatan dan timbangan perlu disempurnakan dengan betul dan adil.
Tidak melakukan penipuan dan pemalsuan.
2. Kita tidak dibenarkan untuk mengurangkan hak orang lain di dalam
urusan perniagaan dan urusan-urusan yang lain.
3. Kita dilarang dari melakukan kerosakan dan kezaliman di muka
bumi. Tidak boleh mengganggu dan merampas hak orang lain.