Page 193 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 193

184   Surah Hud : Tafsir dan Huraian




                                        Ayat 90

              Firman Allah SWT :
                                                     ُ
                       ٞ ُ َ ٞ   َ  ّ  َ  ܅  ۡ  َ ْ  ٓ ُ ُ ܅ ۡ ُ ܅ َ  ْ  ُ  ۡ َ ۡ َ
                   ٩٠ دودو ݗݤِܪر ٛر نِإ ܓِݝِْإ اݠډݠܡ ݗٮ ݗٶډر اوِܱݍ݊ܢܴٱو
                                   ِ

              Ertinya: “Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah
              taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha
              Pengasih”.




               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Syuaib a.s meminta kaumnya
                   supaya beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah.

                 2.  Baginda meminta mereka supaya bertaubat dengan kembali dan taat
                   kepada perintah Allah serta tidak melanggar larangan-Nya.
                 3.  Baginda menjelaskan bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha
                   Mengasihani. Lagi Maha Pengasih. Dia menerima taubat hamba-
                   hamba-Nya.
                    Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

               Antara Petunjuk Ayat


                 1.  Pintu taubat sentiasa terbuka bagi orang yang ingin bertaubat. Tidak
                   ditutup selagi belum tiba ajal yang telah ditetapkan.
                 2.  Bertaubat adalah dengan kita kembali kepada hukum Allah dan taat
                   kepada perintah-Nya serta tidak melanggar larangan-Nya.
                 3.  Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pengasih. Dia mengasihi dan
                   menerima taubat hamba-hamba-Nya.
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198