Page 197 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 197
188 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 92
Firman Allah SWT :
َ
ٓ
َ
ۡ ُ َ َ َ ُ ُ ُ ۡ َ ܅ َ ܅ َ ّ ُ ۡ َ ܆ َ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َ
ٓ
ٰ
ݗٵءارو هݠݙ٭ܰށٱو ِܒٱ ݚِݘ ݗٶݤݖ݆ ݆ܲأ ݢِ݁ݞرأ ِمݠݐژ لܛݏ
ٞ ُ َ ُ َ ۡ َ َ ّ َ ܅ ܃ ۡ
٩٢ ܿݤِފ نݠݖݙ݇٭ ܛݙܝ ٛر نِإ ۖܛڊܱݟِ݃
ِ ِ
ِ
Ertinya: “Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku! (Mengapa kamu bersikap
demikian)? Patutkah kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia daripada
Allah serta kamu pula jadikan perintah-Nya sebagai sesuatu yang dibuang
dan dilupakan di belakang kamu? Sesungguhnya Tuhanku Amat Meliputi
pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.”
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Syuaib a.s menasihati kaumnya supaya
tidak memandang mulia kedudukan keluarganya lebih daripada Allah.
2. Mereka tidak sepatutnya meminggir perintah Allah di belakang
mereka. Mereka sepatutnya mendahulukan perintah Allah melebihi
kepentingan yang lain.
3. Nabi Syuaib a.s menegaskan bahawa Allah Maha Mengetahui akan
segala apa yang mereka lakukan. Dialah yang akan memberi balasan
kepada mereka. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang beriman tidak mendahulukan keluarga atau kaum
kerabatnya lebih daripada Allah. Tidak mendahulukan kepentingan
yang lain lebih daripada agama Allah.
2. Orang yang beriman menjadikan perintah Allah sebagai keutamaan
dan menjadikan agama Allah melebihi kepentingan yang lain.
3. Allah SWT mengetahui segala perbuatan dan tingkah laku kita. Tiada
sesuatu perkara yang berlaku tanpa keizinan dan pengetahuan-Nya.