Page 191 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 191
182 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 89
Firman Allah SWT :
َ
َ ۡ َ َ َ َ ٓ َ ُ ۡ ّ ُ َ ُ َ ٓ َ ۡ ُ ܅ َ ۡ َ َ ۡ َ َ
ٰ
مݠݏ بܛܺأ ܛݘ ݔܥِݘ ݗٶܞݤ ِ ܻݣ نأ ِ ܛݐِܷ ݗٶݜݘܱݸ ݫ ِمݠݐژو
ِ
َ
َ
َ ُ ّ ُ ُ ۡ َ َ َ َ َ ۡ ۡ َ ُ َ ۡ ۡ َ ُ
ٰ
٨٩ ٖܯݤِ݇ܞܝ ݗٶݜِݘ ٖ طݠڍ مݠݏ ܛݘو ٖ ܩِݖڢ مݠݏ وأ ٍ܊ݠݞ مݠݏ وأ ٍ حݠݛ
ܓ
ِ
Ertinya: “Dan wahai kaumku. Janganlah permusuhan kamu terhadapku
menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa
kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Soleh. Dan kaum
Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu (kamu sedia mengetahui apa yang
telah menimpa mereka)”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Syuaib a.s menyampaikan
nasihat dan peringatan kepada kaumnya agar mereka tidak ditimpa
azab dan bencana.
2. Baginda menasihati mereka agar tidak menjadikan kebencian mereka
kepada dirinya sebagai sebab mereka akan ditimpa azab seperti kaum
terdahulu.
3. Kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud, kaum Nabi Soleh dan kaum
Nabi Lut telah dibinasakan kerana mereka menolak seruan Para Rasul
mereka.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.