Page 56 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 56
Tema 3 : Balasan Bagi Golongan Yang Beriman dan
Balasan Bagi Golongan Yang Ingkar 47
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memberikan peringatan kepada golongan yang menolak
dan menghalang jalan Allah. Inilah golongan yang merugikan diri
mereka sendiri.
2. Segala pendustaan yang mereka cipta akan lenyap dan tidak memberi
sebarang faedah kepada mereka. Mereka terputus segala bantuan.
3. Allah SWT menegaskan bahawa merekalah manusia yang paling rugi
pada hari akhirat. Mereka tidak akan mendapat sebarang kebaikan.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang menolak dan menghalang jalan Allah adalah orang yang
paling rugi di dunia dan di akhirat. Mereka bukan golongan yang
berjaya.
2. Segala usaha mereka hanya sia-sia. Mereka tidak mendapat sebarang
faedah dari usaha mereka. Bahkan ia hanya menjadi bencana.
3. Orang yang berjaya adalah orang yang mengikut jalan Allah. Mereka
adalah golongan yang tidak rugi di dunia dan di akhirat.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menjauhi jalan orang yang rugi di dunia dan di
akhirat. Jangan ikut cara dan jalan mereka.
2. Hendaklah kita berusaha untuk mendapatkan keuntungan di dunia
dan di akhirat. Jangan jadikan usaha kita sia-sia.
3. Hendaklah kita mengikut jalan orang yang berjaya. Mengikut jalan
Allah. Jangan ikut jalan yang lain.
Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat orang yang
menolak dan menghalang jalan-Mu, kurniakanlah
kepada kami petunjuk dan hidayah-Mu. Amin.