Page 54 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 54

Tema 3 : Balasan Bagi Golongan Yang Beriman dan
                                                    Balasan Bagi Golongan Yang Ingkar   45


                 bencikan jalan agama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya,
                 dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya”.




                 Keterangan Ayat

                   1.  Allah SWT menjelaskan bahawa orang yang menghalang agama Allah
                      tidak akan terlepas dari kekuasaan Allah di dunia.
                   2. Mereka tidak akan terlepas dari azab pada hari kiamat. Tiada siapa
                      yang dapat membantu mereka. Bahkan akan digandakan azab.
                   3. Semasa di dunia mereka enggan menerima kebenaran dari Allah.
                      Mereka tidak mahu mendengar dan melihat kebenarannya. (Rujukan
                      tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)


                 Antara Petunjuk Ayat

                   1.  Tiada siapa yang terlepas dari kekuasaan Allah sama ada di dunia atau
                      di akhirat. Kita semua di bawah kekuasaan Allah.
                   2.  Tiada jalan yang selamat melainkan kita kembali kepada jalan Allah.
                      Tiada siapa yang dapat menyelamatkan kita selain dari Allah.

                   3.  Orang yang tidak mahu mendengar dan melihat kebenaran dari Allah
                      adalah orang yang enggan menerima kebenaran dari Allah.


                 Kaedah Beramal

                   1.  Hendaklah kita kembali dan mengikut jalan Allah. Jangan kita ikut
                      jalan yang lain dari jalan Allah.
                   2. Hendaklah kita berusaha untuk mendengar kebenaran yang datang
                      dari Allah dengan sebaiknya. Jangan pekakkan telinga.
                   3. Hendaklah kita berusaha untuk melihat dan mengkaji kebenaran
                      yang datang dari Tuhan kita. Jangan butakan mata.



                          Ya Allah bukakanlah hati kami untuk menerima
                      kebenaran yang datang dari-Mu, bantulah kami untuk
                                   mengikut jalan-Mu. Amin.
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59