Page 50 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 50
Tema 3 : Balasan Bagi Golongan Yang Beriman dan
Balasan Bagi Golongan Yang Ingkar 41
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang mendakwa sesuatu yang tidak benar terhadap Allah
adalah orang yang berdusta terhadap Allah.
2. Kita semua akan dibawa mengadap Tuhan kita pada hari kiamat.
Adakah kita telah bersedia untuk mengadap-Nya?
3. Segala perbuatan kita di dunia disaksikan oleh para saksi yang akan
menjadi saksi kita pada hari kiamat.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita tidak mendakwa sesuatu yang tidak benar terhadap
Allah. Pastikan dakwaan kita tidak bercanggah dengan kata-kata
Allah.
2. Hendaklah kita bersedia untuk mengadap Tuhan kita pada hari
kiamat. Jangan buat perkara yang dimurkai dan dilaknat Allah.
3. Hendaklah kita ingat bahawa segala kata-kata dan perbuatan kita
disaksikan oleh tubuh kita dan para malaikat yang akan menjadi saksi
pada hari kiamat.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami keampunan
dan rahmat-Mu, jauhkanlah kami dari laknat dan
kemurkaan-Mu. Amin.