Page 49 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 49
40 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 18
Firman Allah SWT :
َ ُ َ ۡ ُ َ َ ْ ُ ً َ ܅ َ َ َ َ ۡ ܅ ُ َ ۡ َ ۡ َ َ
ٰ
܈
ن ݠ ܽ ܱ ݇ ٰ ݑ ڐ ۨ و أ ۚ ܛ ܝ ِܰ ݒ ِ ܒ ٱ ً ى ߁ ٳ ٱ ݚ ݙ ِڎ ݗ ݖ ݃ أ ݚ ݘ و
ِ
ِ
َ
ۡ ّ َ ٰ َ ْ َ َ َ ܅ ٓ َ ُ َ ُ َ ۡ َ ۡ ُ ُ َ َ ۡ ّ َ ٰ َ َ
ُ
܈
ٰ
ۚݗݟډر ً اݠܝܰݒ ݚݣِٕٱ ِءݫܖ۫ ܯۋܷݧٱ لݠݐڊو ݗݟډر ً
ِ ِ
ِ ِ
َ ܅ َ َ ܅ ُ ۡ َ َ َ
َ
ٰ
١٨ ߡِݙِݖۂݕٱ ً ِܒٱ ܟݜ݇ݕ ݫڅ
Ertinya: “Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang
mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah. Orang-orang yang
demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari
itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan
anggota-anggota tubuh mereka sendiri): “Inilah orang-orang yang membuat-
buat dusta terhadap Tuhan mereka”. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah
tertimpa kepada orang-orang yang zalim.”
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memberikan peringatan kepada orang yang berdusta
terhadap Allah. Mereka adalah orang yang paling zalim.
2. Mereka akan dibawa mengadap Tuhan mereka pada hari kiamat
untuk perbicaraan. Mereka akan dipersoalkan dan dibawakan para
saksi.
3. Para saksi akan mengesahkan bahawa mereka telah berdusta terhadap
Allah. Mereka adalah orang yang zalim dan dilaknat oleh Allah.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)