Page 44 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 44

Tema 2 : Sikap Manusia Terhadap Dakwah Islam Dan
                                                  Pengukuhan Jiwa Orang Yang Beriman   35



                                           Ayat 16

                 Firman Allah SWT :
                                                              َ
                  َ  ْ  ُ َ َ َ َ َ َ ُ ܅  ܅  َ       ۡ ُ َ  َ ۡ َ  ܅  َ  َ  ْ  ُ
                                                                        ܈
                 ܛݟ ݤ ِٳ  اݠ ݇ ݜ ܺ  ܛݘ  ܿ ܞ ܪ و  ۖر ܛّ ٱ ݫ ِإ ِةܱ ِܭ ܚ ٱ  ِ ޳  ݗ ݟ ڍ ܳ ڄ ݕ ݚ ݣِٕ ٱ ݑ ڐ ۨ و أ
                                                                       ِ
                                 ِ
                                                              ْ
                                                      َ  ُ  َ ۡ َ ُ َ  ܅  ٞ  َ َ
                                                                         ٰ

                                                   ١٦ن ݠ ݖ ݙ ݇ ٰ  اݠ ݛ ߣ  ܛ ݘ  ݔ ِ݁ ڔ و
                 Ertinya: “Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat
                 kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang
                 mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan”.





                 Keterangan Ayat

                   1. Allah SWT menjelaskan bahawa golongan manusia yang hanya
                      inginkan dunia tidak akan menerima balasan nikmat di akhirat.
                   2.  Mereka hanya diberikan balasan neraka yang sengsara. Mereka telah
                      menerima bahagian mereka semasa di dunia.
                   3.  Segala kebaikan yang mereka telah lakukan di dunia akan gugur di
                      akhirat. Tidak memberi manfaat kepada mereka di akhirat.
                      Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


                 Antara Petunjuk Ayat

                   1.  Balasan nikmat di akhirat diberikan kepada orang yang beriman dan
                      beramal soleh. Bukan kepada orang yang kufur.
                   2.  Orang yang tidak menerima balasan nikmat di akhirat adalah orang
                      yang paling rugi dan sengsara selama-lamanya.
                   3.  Segala kebaikan yang kita lakukan di dunia akan gugur di akhirat jika
                      kita tidak beriman. Balasannya hanya sekadar di dunia.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49